Sabtu, 17 Mei 2014

Penyataan Masalah

Dalam Kajian (Ishak, 2012), penyelidik mendapati bahawa Kursus hidrologi adalah salah satu kursus yang sukar. Kesukaran dalam pembelajaran disebabkan keperluan pengetahuan aras tinggi dalam menganalisis data hidrologi yang perlu ditukar kepada bentuk-bentuk grafik dan carta selain perlu memahami graf dan gambarajah. Analisis keputusan peperiksaan akhir pada tahun 2005 hingga 2008, menggambarkan bahawa pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir amat rendah. Keputusan peperiksaan didapati dari Unit Peperiksaan, Politeknik kajian, menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar dalam kursus hidrologi dalam program diploma kejuruteraan awam di Politeknik Kajian berada pada tahap yang rendah. Contoh analisis keputusan peperiksaan bagi kursus kejuruteraan hidrologi dari Tahun 2005 hingga 2008 sebanyak  lapan sementer di dalam Jadual A dibawah menunjukkan hasil analisis tersebut berpandukan Sistem gred pelajar.




(Sumber: Buku Panduan Arahan-arahan Peperiksaan dan Penilaian yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, Politeknik Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 12 Februari 2009)