TUTORIAL

TUTORIAL 1

  1. Terangkan prinsip kitaran hidrologi.

  1. Takrifkan kawasan tadahan.

3.      Berikan definisi hidrologi dan terangkan dengan bantuan lakaran proses-proses yang terlibat dalam kitaran hidrologi.
                                                                                                                                                                       
4.      Terangkan dengan jelas mengenai perkara-perkara berikut:
    1. Pintasan          
    2. Pemeluwapan 
    3. Resapan          
    4. Perpeluhan     

  1. Terdapat beberapa proses yang terlibat dalam kitaran hidrologi. Huraikan mengenai proses-proses yang terlibat.

  1. Terangkan mengenai proses kitaran Hidrologi dengan bantuan gambarajah.
           
  1. Terangkan dengan jelas mengenai perkara-perkara berikut:
i.                    Curahan
ii.                  Penyejatan
iii.                Penyusupan
iv.                Larian permukaan

8.      Sebuah kawasan tadahan mempunyai keluasan 1550 km2, menerima purata hujan tahunan sebanyak 3170mm, Discaj dari dua sungai yang terdapat dalam kawasan ini ialah 25m3/s bagi sungai A dan X m3/s bagi sungai B. Kehilangan dari proses pemeluwapan dan pintasan adalah 20% dari purata hujan tahunan. Anggarkan nilai discaj X dari sungai B.

  1. Satu takungan 300 hektar keluasan, menghasilkan sejatan yang direkodkan sebanyak 40cm dalam 24 jam. Pertambahan disebabkan oleh hujan lebat ke dalam takungan ialah pada kadar 59 m3/s. Tentukan isipadu air dalam hektar-meter yang meresap di dasar takungan pada hari itu jika paras air tidak berubah. (1 hektar = 10 000m2).

  1. Sebuah kolam simpanan mempunyai jumlah simpanan air sebanyak 32 x 103 m3 pada satu masa yang telah diambil.  Bacaan kadaralir masuk dan kadaralir keluar adalah 12m3/s dan 16m3/s.  Selepas 1 jam kemudian, bacaan kadaralir masuk dan kadaralir keluar bertukar kepada 14m3/s dan 18m3/s. Kirakan perubahan simpanan air dan jumlah simpanan air yang baru selepas 1 jam.




  1. Dalam jangkamasa sebulan, sebuah kawasan tadahan dianggarkan menerima hujan sebanyak 355mm, penyejatan sebanyak 69mm dan penyusupan ke sub permukaan sebanyak 15mm.  Anggarkan hujan lebihan dan isipadu larian terus yang mengalir ke takungan yang terdapat dalam kawasan tadahan tersebut sekiranya luas kawasan tadahan ialah 85km2.

  1. Terangkan kesan perubahan guna tanah terhadap alam persekitaran dan langkah-langkah yang telah diambil.

  1. Sebuah kawasan tadahan dengan keluasan 5724 ba2 menerima hujan sebanyak 34.6 in setahun. Jika discaj tahunan adalah 4500 ka3/s, hitung amaun evapotranspirasi untuk tahun berkenaan. (1 ba = 5280 ka).

  1. Dalam jangka masa enam bulan, kawasan tadahan Sungai Niah dianggarkan akan menerima hujan sebanyak 4800mm. Sejatpeluhan dianggarkan sebanyak 128mm dan resapan ke sub-permukaan dianggarkan sebanyak 38mm. Anggarkan isipadu larian terus dalam meterpadu yang akan tersimpan di takungan yang terdapat sekiranya luas kawasan tadahan ialah 97km2.

  1. Kawasan tadahan mempunyai keluasan 1640km2. Data purata hujan tahunan adalah 3150mm. Terdapat dua sungai yang mengalir ke kawasan tadahan tersebut, iaitu Sungai Kuala Nerang dan Sungai Pedu.  Discaj dari Sungai Kuala Nerang adalah 24m3/s manakala data Sungai Pedu tidak diperolehi.  Rekod yang dibuat menunjukkan kehilangan akibat proses pemeluwapan dan pintasan adalah 15% daripada hujan tahunan.  Kirakan nilai discaj bagi Sungai Pedu.

  1. Kawasan tadahan Parit Buntar, Perak dijangka menerima hujan sebanyak 600mm dari awal Januari 2008 hingga akhir Februari 2008. Penyejatan dan penyusupan masing-masing dianggarkan sebanyak 50mm dan 40mm dalam jangka masa tersebut. Luas kawasan tadahan ialah 88km2. Terdapat sebuah takungan dikawasan ini. Anggarkan isipadu larian terus dalam m3 jika paras takungan tidak berubah dalam tempoh tersebut.


  1. Pertambahan disebabkan oleh lebat hujan ke dalam takungan ialah pada kadar 55 m3/s. Satu takungan 300 hektar keluasan, menghasilkan sejatan tercatit sebanyak 40cm dalam 24 jam. Tentukan isipadu air dalam hektar-meter yang meresap di dasar takungan pada hari itu jika paras air tidak berubah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan