FORUM

SIDANG VIDEO


___________________________________________________________________________
FORUM
(Tarikh: 29 Februari 2019)
Banjir kilat sering berlaku di negara kita. Banjir dari perspektif kejuruteraan adalah lebihan air larian permukaan. Terangkan pendapat anda bagaimana ia terjadi dan bagaimana boleh mengatasi masalah ini serta rekabentuik yang perlu agar kejadian ini tidak berlaku.
___________________________________________________________________________

5 ulasan:

  1. Cara Mengatasi Masalah Banjir

    -Kaedah penebatan banjir adalah perkara pertamayang amat penting dilakukan ketika merancang sesuatu pembinaan di kawasan yang rendah.
    -Tanpa perancangan yang teliti akan mengakibatkan bencana yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian.
    -Terdapat 2 kaedah penebatan banjir iaitu :
    i. Kaedah struktur
    ii. Kaedah bukan struktur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila membuat perincian lagi 2 kaedah penebatan banjir tersebut.

      Padam
    2. KAEDAH STRUKTUR

      Terdapat pelbagai penebatan banjir kaedah struktur iaitu :

      a. Empangan

      Istilah-istilah dalam bidang kejuruteraan awam ialah :
      i. Sebuah struktur hidraulik yang dibina merentasi sungai untuk menyimpan air terutama di bahagian hulu sungai.
      ii. Paras air akan meningkat naik di bahagian hulu dengan banyaknya akibat daripada pembinaan empangan.
      iii. Ini menyebabkan satu kawasan yang luas akan ditenggelami air dan dikenali sebagai kolam takungan.

      Prinsip-prinsip asas reka bentuk ialah :
      i. Mempunyai alur limpah untuk menyalurkan air yang berlebihan
      ii. Dinding asas empangan tidak tetap dan dapat menghalang kebocora.
      iii. Untuk empangan bekalan air, mesti ada saluran untuk melepaskan air.
      iv. Empangan mesti stabil walaupun air sedang naik untuk menghindari kegagalan empangan

      Data-data hidrologi diperlukan untuk pembinaan empangan :
      i. Pemulihan kawasan tadahan
      ii. Lebat hujan
      iii. Kapasiti takungan
      iv. Musim hujan dan kemarau

      Kegunaan air yang dilepaskan dari empangan secara terkawal :
      i. Bekalan air
      ii. Elektrik hidro
      iii. Tebatan banjir
      iv. Pertanian
      v. Rekreasi dan pelancongan

      Pertimbangan sebelum pembinaan :
      i. Lokasi empangan dan ketinggian
      ii. Ketinggian alur limpah


      KAEDAH BUKAN STRUKTUR

      Biasanya kawalan penebatan banjir menggunakan kaedah bukan struktur adalah lebih mudah dan jarang melibatkan pengiraan yang rumit dan kes yang tinggi. Contoh kaedah bukan struktur ialah:
      i. Luruskan sungai
      ii. Lebar dan dalamkan sungai
      iii. Tinggikan tebing sungai
      iv. Membuat laluan banjir
      v. Membina empangan kawalan banjir

      Secara ringkasnya terdapat 4 kaedah utama dalam pengawalan banjir iaitu :
      i. Empangan kawalan banjir
      ii. Pengubahsuaian alur
      iii. Pengelak banjir
      iv. Permatang

      Padam
  2. Larian permukaan (Surface runoff)

    Ia merupakan satu kompenen air yang mengalir di atas permukaan cerun masuk kedalam saliran sungai.Terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu Air aliran permukaan (ALP) dan Air larian bawah permukaan / air aliran antara lapisan. ALP berlaku apabila keupayaan susupan telah akibat hempasan hujan yang lebat.

    Larian permukaan merupakan komponen hidrograf terpenting kerana ia berkaitan dengan kuantiti banjir, aliran sungai dan rekabentuk struktur keratin hidraulik. ALP secar semulajadi mengalir ke sungai, tasik dan laut secara graviti. Nilai ALP ialah jumlah hujan satu kawasan tadahan setelah di tolak dengan susupan, sejatan dan sejat peluhan. ALP ditakrifkan sebagai air hujan yang berlebihan yang mengalir melalui permukaan tanah kedalam sungai yang berdekatan mengikut hukum gravity. ALP terbentuk apabila titisan air yang turun ke permukaan bumi melebihi kemampuan air untuk menyerap kedalam tanah.

    BalasPadam