Isnin, 16 Februari 2015

KULIAH 2: BAB 1

Kuliah 2
BAB 1 : ASAS HIDROLOGI

Proses-proses Kitaran Hidrologi

a) Curahan
Dikenali sebagai pindahan air yang turun.

b) Pemeluawapan 
Proses pembentukkan awan, bentuk wujud cecair.
Pemeluwapan wap air menjadi bnetuk awan berlaku di atas partikal-partikal dalam atmosfera (ATM)

c) Perpeluhan 
Pelepasan air dari permukaan melalui tisu-tisu ke atmosfera dalam bentuk wap.
Penggunaan manusia dan tumbuhan sebelum disejat membentuk awan.

d) Pintasan 
Curahan yang dihalang oleh tumbuhan dari terus ke permukaan bumi.
Air yang ditapis oleh tumbuh-tumbuhan tidak sempat jatuh ke permukaan bumi.

e) Resapan
Proses resipan air dalam tanah.
Pergerakan air di permukaan bumi ke dalam tanah.
Kadarnya berbeza-beza bergantung kepada ciri-ciri tanah, kandungan lembapan intensiti tempoh hujan.

f) Sejatan 
Satu proses air permukaan ke atmosfera, pertukaran air dalam bentuk cecair kepada wap/pepejal kepada wap.
Dikenali sebagai pemeluwapan dimana air bergerak dari permukaan bumi ke atmosfera.
Sejatan akan tinggi apabila suhu tinggi.

Keseimbangan Air

Persamaan keseimbangan air (water balance eq) digunakan untuk menggambarkan komponen masuk (input) dan komponen keluar (output) dalam sistem hidrologi atau lembangan.
Hujan sebagai komponen masuk yang terbesar dalam ruang dan masa.
Aliran sungai sebagai komponen keluar dalam satu lembangan.
Sejatan, perpeluhan dan air bumi juga sebagai output tetapi pada nilai yang kecil dibandingkan dengan aliran sungai.
Persamaan keseimbangan air boleh ditulis sebagai :

I (input) = O (output)
I – O      =  ds/dt atau ΔS

(P + R + B) – (F + ET) = ΔS
                                   P = ET + Q + ΔS + ΔG

Di mana, P = curahan
            ET = sejatpeluhan
              R =  hujan lebihan/hujan berkesan
             Q  = aliran sungai
              B  = aliran sub-permukaan
                F = resapan
             ΔS = perubahan simpanan
             ΔG = Perubahan dalam aliran air bumi  

CONTOH

Dalam satu tekanan, sebuah lembangan tadahan hujan seluas 1000km2 menerima hujan purata tahunan sebanyak 1000mm. Kadaralir purata tahunan bagi sungai yang mengalir di kawasan tadahan hujan tersebut adalah 19 m³/s. Tentukan nilai sejat peluham ET tahunan kawasan tersebut.

Penyelesaian
Ukur dalam hujan tahunan ,   P = 1000mm/tahun
Luas kawasan tadahan ,       A = 1000km2
Kadar purata tahunan,Q purata= 19 m³/s
Kadar alir tahunan,              Q = ET + Q + Δs + ΔG
                 ET = P – Q
 Ukur dalam bagi aliran sungai untuk keseluruhan kawasan

            Q = Isipadu aliran sungai
                                           Luas kawasan tadahan
                                        = 5.99 X 1017
                                           1000 X 1012
                                        = 591 mm /thn

                  ET = P – Q
               = 1000mm/thn – 591mm/thn
               = 409 mm/thn

Selasa, 10 Februari 2015

KULIAH 1: BAB 1

Kuliah 1
BAB 1 : ASAS HIDROLOGI

Pengenalan

·   Hidrologi merupakan salah satu cabang sains yang berkaitan dengan air.
·   Ia menerangkan tentang kejadian, edaran, agihan, sifat-sifat kimia dan fizikal serta reaksi dengan persekitaran.
·   Hubungan dengan alam persekitaran semulajadi.
·   Dominan/kajian dalam hidrologi merangkumi keseluruhan sejarah pengenalan air di mukabumi.
·   Bidang yang luas merangkumi sains gunaan seperti meteorologi, geologi, statistik, kimia, fizik, hidraulik dan kajidaya bendalir.
·   Empat cabang utama kejuruteraan hidrologi iaitu :
              i.         Air permukaan
              ii.         Air bawah tanah/air bumi
             iii.         Salji dan hujan
             iv.         Limnologi (kerja tasik)
  
Proses-proses Dalam Kejuruteraan Hidrologi

1.   Pengukuran
·    Data yang diperolehi dikutip dan dirumuskan bagi tujuan memindahkan analisis dan rekabentuk.
2.   Penilaian, Pemprosesan dan Analisa
·    Data diperoleh dibuat penilaian, diproses agar seragam dan seterusnya di analisa.
3.   Kegunaan
·    Daripada analisa, barulah rekabentuk dibuat. Anggaran dan ramalan untuk kegunaan praktikal.
·    Sains Hidrologi 
      – ialah kajian tertumpu kepada teori kejadian air, kelakuan dan sifat-sifat  
        edarannya seperti curahan, sejatan, resipan/resapan dan aliran permukaan.
·    Kejuruteraan Hidrologi 
      – ialah kajian tentang kegunaan dalam bidang kejuruteraan.
      − tertumpu kepada rekabentuk dan perjalanan sesuatu projek bagi  
         pengguna air dan purata air seperti :
          a)      Bekalan Air
                   - Aliran air, paip dan saliran.
                   - Simpanan air seperti empangan.
                   - Punca air seperti tasik, sungai dan sebagainya.
          b)      Perparitan punca utama laluan air
                   - Luas longkang, parit
                   - Paip air untuk
                   - Pengairan untuk kawasan pertanian.

RAJAH 1 : KITARAN HIDROLOGI

BERSAMBUNG.....